---
1) Istilah Internet digunakan untuk merujuk kepada “sambungan rangkaian komputer sedunia”.
2) Rangkaian komputer diwujudkan bagi membolehkan data dipindahkan dari satu komputer atau peranti (device) ke komputer atau peranti yang lain.
3) Terdapat berbagai rangkaian komputer yang wujud hari ini; bermula dari rangkaian komputer ringkas di rumah yang menyambungkan komputer dengan modem hinggalah ke rangkaian komputer yang canggih yang menghubungkan pengguna di pejabat, universiti dan sebagainya.
4) Pada asasnya, setiap rangkaian boleh dihubungkan dengan rangkaian yang lain asalkan rangkaian-rangkaian ini mematuhi piawai sambungan yang pada masa ini dikenali sebagai Transfer Control Protocol / Internet Protocol (TCP/IP).
5) Kebanyakan rangkaian komputer di dalam Internet juga diwujudkan berdasarkan senibina yang dipanggil Client-Server Architecture (Senibina Pelanggan-Pelayan).
6) Anda mungkin tidak sedar tentang kewujudan teknologi TCP/IP dan Client-Server Architecture tetapi setiap kali anda cuba melayari Internet, kedua-duanya teknologi ini memainkan peranannya.
7) Contohnya, apabila anda mengunjungi Starbucks Cafe (atau mana-mana premis perniagaan yang menyediakan khidmat sambungan Internet percuma) dan menghidupkan komputer/tablet/smartphone anda yang mempunyai fungsi wifi, perkara berikut akan berlaku:
7.1) Fungsi wifi mengesan kewujudan rangkaian komputer yang berdekatan.
7.2) Program khas di dalam komputer/tablet/smartphone (dipanggil sebagai Client) anda akan cuba menjejaki program khas yang mengendalikan rangkaian tersebut (dipanggil sebagai Server).
7.3) Client akan memohon menjadi ahli kepada rangkaian ini. Sekiranya ia dibenarkan oleh Server, maka Server akan memberikan satu nombor IP sementara kepada Client tadi.
7.4) Dengan menggunakan nombor IP ini, Client akan dibenarkan berhubung dengan komputer atau rangkaian lain yang terhubung di dalam rangkaian ini.
7.5) Seterusnya apabila pengguna menjalankan program Web Browser dan menaip alamat Web contohnya www.google.com, Web Browser akan cuba menghubungi mana-mana Server yang menyimpan daftar no IP untuk Google, eg 173.194.126.96, mengakses no IP tersebut dan memuat turun dokumen laman web daripadanya.
7.6) Kesemua perkara (7.1-7.5) ini berlaku dengan lancar sehingga orang awam tidak perlu mengambil tahu sebarang aspek teknikal tentangnya.
LATIHAN
Latihan ini memberikan pendedahan kepada anda tentang bagaimana komputer anda berinterasi dengan komputer dalam rangkaian Local dan rangkaian Internet. Dalam kedua-dua rangkaian, nombor IP memainkan peranan penting.
1) Tekan butang window pada keyboard anda.
2) Taip “cmd” dan tekan [ENTER].
3) Taip “ipconfig”.
4) Apabila tetingkap Command Prompt muncul, perhatikan maklumat konfigurasi rangkaian ip (IP Configuration). Dalam contoh di bawah alamat IP 10.1.1.1 adalah milik komputer yang sedang digunakan itu (Local) manakala alamat IP 10.1.1.254 adalah komputer/peranti yang menyambungkan komputer ini dengan rangkaian lain (Gateway).
5) Kemudian, taip “ping google.com”.
Perhatikan perkataan “Reply from 74.125.135.101”.
No comments:
Post a Comment