Labels

blogspot (5) copywriting (1) facebook (1) fotografi (1) ideas (1) kreativiti (3) media sosial (4) montage (4) pemasaran (1) social media (2) taktik (1) tips (3) tutorial (1) video (1) web hosting (1) whatsapp (1)
Showing posts with label social media. Show all posts
Showing posts with label social media. Show all posts

Tuesday, May 16, 2017

Tips Membuat WhatsApp Click To Chat 1


.
Terdapat satu fungsi WhatsApp yang membolehkan pengguna berbual (chatting) dengan seseorang tanpa memerlukan nombor tersebut disimpan dalam Buku Alamat (Address Book). Fungsi ini dipanggil Click To Chat. Fungsi ini boleh diperolehi menerusi fon dan WhatsApp Web.
Dalam kata lain, apabila seseorang pengguna melihat hiperteks di bawah dan mengkliknya...
... aplikasi WhatsApp akan terus membuka tingkap chatting kepada nombor yang terdapat pada pautan itu bersekali dengan mesej

Tips Membuat WhatsApp Click To Chat 1

Untuk mencipta link anda, gunakan teks arahan berikut
https://api.whatsapp.com/send?phone=
diikuti dengan nombor telefon seseorang dalam format kod panggilan telefon antarabangsa. Nombor ini mestilah mempunyai akaun WhatsApp.
Buat begini: https://api.whatsapp.com/send?phone=15551234567
Jangan buat begini: https://api.whatsapp.com/send?phone=+001-(555)1234567
Untuk mencipta link bersama mesej tertentu, gunakan teks arahan berikut
https://api.whatsapp.com/send?phone=nombortelefonwhatsapp&text=mesej
di mana
nombortelefonwhatsapp = nombor yang mahu dihubungi
mesej = mesej mengandungi perkataan yang disambungkan dengan simbol %20
Buat begini: https://api.whatsapp.com/send?phone=15551234567&text=saya%20minat%20membeli%20kereta%20awak
Untuk mencipta pautan bersama mesej sahaja, gunakan teks arahan berikut
https://api.whatsapp.com/send?text=mesej
Buat begini: https://api.whatsapp.com/send?text=jom%20beli%20kereta%20antik
Selepas klik pautan di atas, anda akan ditunjukkan senarai kontak yang anda boleh tujukan mesej tersebut.
.

Thursday, May 11, 2017

Tips Posting Hari Jururawat Sedunia (World Nurses Day)



Mungkin ada di kalangan sahabat handai atau kenalan kita bekerja sebagai jururawat. Mungkin pelanggan berpotensi anda seorang jururawat. Jika kita membuat carian nurse day melalui Google, ia menghasilkan 13 juta lebih hits. Banyak tu.

Apa agaknya idea untuk menulis posting berkaitan jururawat?

Jika kita melihat mesej twitter, antara ideanya:
1. Ucapan terima kasih khusus atas khidmat yang pernah diberikan.
2. Ucapan penghargaan umum.
3. Ucapan penghargaan khusus dalam bidang tertentu.


Jika kita melihat senarai Top Stories, antara ideanya:
1. Cerita umum tentang sumbangan jururawat.
2. Cerita perihal rutin jururawat.
3. Cerita khusus tentang tokoh jururawat.



Sudah ada enam idea.

Selamat Menulis.