Sunday, May 11, 2014

Panduan Membuat Akaun FaceBook

-----

Panduan Membuat Akaun FaceBook

Pengenalan

Facebook.com adalah satu laman jaringan social yang membolehkan anda berinteraksi dengan kenalan dari serata dunia.
Anda perlu mempunyai akaun Facebook terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan perkhidmatannya. Anda hanya perlukan sediakan alamat email untuk mendaftarkan akaun.

Langkah-langkah:

1) Layari  www.facebook.com .
1.1) Di bawah perkataan “Sign Up”, masukkan maklumat peribadi anda dan password.
1.2) Klik Sign Up. 
screenshot of Facebook
2) Anda akan diberi pilihan untuk mencari kenalan anda yang mungkin telahpun memiliki akaun Facebook.
2.1) Masukkan alamat email anda untuk beri kebenaran Facebook mengaksesnya dan mencari kenalan anda di dalam daftar Facebook.
2.2) Klik “skip this step” sekiranya anda mahu melangkaui langkah ini.
screenshot of Facebook
3) Jika anda telah memasukkan alamat email, Facebook akan mencadangkan anda memasukkan kenalan ke dalam daftar kenalan anda.
3.1) Klik “Save & Continue” atau “Skip” untuk melangkaui langkah ini.
screenshot of Facebook
4) Anda juga diberi pilihan untuk memasukkan maklumat sekolah, kolej, kedudukan dan majikan.
4.1) Klik “Save & Continue” atau “Skip” untuk melangkaui langkah ini.
screenshot of Facebook
5) Anda juga diberi pilihan memasukkan maklumat kegemaran anda seperti hiburan dan sebagainya.
5.1) Klik “Save & Continue” atau “Skip” untuk melangkaui langkah ini.
screenshot of Facebook
6) Seterusnya anda diberi pilihan memasukkan maklumat peribadi.
6.1) Klik “Save & Continue” atau “Skip” untuk melangkaui langkah ini.
screenshot of Facebook
screenshot of Facebook
7) Laman “Welcome to Facebook” akan muncul.
screenshot of Facebook
8) Sebelum anda boleh menggunakan fungsi yang ada di dalam laman ini anda perlu mengesahkan dahulu alamat email anda.
8.1) Log ke dalam akaun email anda dan tunggu mesej dari Facebook tiba untuk anda klik “Confirm Your Account”.
screenshot of Facebook
-----

No comments:

Post a Comment