Monday, June 2, 2014

Cara Mudah Belajar JavaScript

---
Cara Mudah Belajar JavaScript
LANGKAH2
1) Layari http://www.compileonline.com/try_javascript_online.php
2) Perhatikan Panel Tetingkap Kod dan Output.
3) Laksanakan arahan JavaScript.
4) Perhatikan kod HTML dan JavaScript.
5) Cuba dapatkan input nama dan paparkan nilainya di dalam Web Browser.

LANGKAH2

1) Layari http://www.compileonline.com/try_javascript_online.php

2) Perhatikan Panel Tetingkap Kod dan Output.

Terdapat dua tetingkap di dalam tetingkap utama; di sebelah kiri tetingkap mengandungi kod HTML dan JavaScript manakala di sebelah kanan tetingkap mengandungi kod output.

3) Laksanakan arahan JavaScript.

Klik butang Execute Script.
Anda akan melihat output berikut:

4) Perhatikan kod HTML dan JavaScript.

Kod JavaScript diselitkan ke dalam dokumen HTML melalui penggunaan tag <script>.
Tag <script …> pada baris no.4 memulakan arahan JavaScript dan tag </script> menutupnya.
Tag no. 5 dan no. 13 pula digunakan untuk memberitahu Web Browser jenis lama yang tidak faham bahasa JavaScript agar mengabaikan baris no.6 hingga no.12.
Hanya Web Browser jenis baru seperti Chrome, Firefox, Safari dan IE yang akan memproses baris ini (no.6 hingga 12).

5) Cuba dapatkan input nama dan paparkan nilainya di dalam Web Browser.

Sebagai satu latihan mudah, kita akan ubahsuai kod di atas supaya ia bersifat dinamik iaitu memaparkan nama pengguna dokumen web ini.
5.1) Gantikan kod pada baris no. 10 di atas dengan kod berikut:
var user = prompt("Enter your name"," ");
5.2) Tekan butang “Execute Script”.
5.3) Hasilnya:
5.4) Taipkan nama anda di dalam kotak teks yang tersedia.
5.5) Hasilnya,
Nama yang dipaparkan akan mengikut input yang diberikan dalam langkah 5.4.
6) Kesimpulan
Dengan menggunakan JavaScript, dokumen web di atas akan berinteraksi dengan pengguna, mengambil input nama pengguna dan memaparkannya di skrin. Dengan ciri-ciri yang terhasil ini, dokumen web ini diistilahkan sebagai dinamik.
---

1 comment: