.
Tips menghasilkan foto yang menarik untuk FaceBook
Berikut adalah tips dari FaceBook supaya post dan photo anda kelihatan menarik.
Fikirkan paparan mobile
Sebelum memilih sesuatu gambar, perhatikannya terlebih dahulu menggunakan mobile phone. Pastikan subjek anda jelas dan boleh dibaca. Anda boleh gunakan Alat Penyemak di https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay untuk menyemak kesesuaian teks yang terdapat di dalam sesebuah gambar.
Amalkan sesuatu yang ringkas
Gambar yang menarik tidak semestinya memerlukan ramai manusia, peralatan atau pentas. Gambar yang berkesan kebiasaannya adalah yang ringkas, seperti pandangan dekat sesuatu produk atau wajah kepuasan pelanggan.
Guna Hukum Sepertiga
Dalam fotografi, Hukum Sepertiga bermaksud pembahagian kawasan imej foto kepada 3 baris dan lajur. Subjek dalam foto sebaiknya tidak berada di tengah imej foto sebaliknya pada persilangan baris dan lajur (seperti yang ditunjukkan di atas).
Guna Rekaletak Yang Menarik
Atur objek yang anda mahu ambil foto dalam susunan atau corak tertentu. Cuba ambil dari atas untuk mendapatkan imej yang menarik.
Guna Tumpuan Fokal dan Kepelbagaian Tekstur
Apabila mengambil foto, pastikan imej yang terhasil menampakkan tumpuan fokal yang sesuai. Kawasan tumpuan fokal akan kelihatan jelas, manakala kawasan lain kelihatan kabur. Kewujudan pelbagai bentuk dan permukaan dalam foto pula akan menghasilkan kesan contrast yang menarik.
Cahaya dan Bayang Memberikan Kesan Contrast Menarik
Beri perhatian pada pengaruh cahaya dan bayang-bayang dalam foto anda.Cahaya dan bayang-bayang boleh mewujudkan kesan contrast dan menjadikan foto anda menarik.
Guna Kombinasi Warna Yang Menarik
Pelajari konsep roda warna yang boleh memberi petunjuk bagaimana mengambil foto yang mengandungi objek yang berbagai warna supaya kelihatan menarik. Sebagai contohnya, warna hijau sesuai digandingkan dengan merah manakala kuning sesuai digandingkan dengan ungu.
Artikel ini disesuaikan dari https://www.facebook.com/business/a/photo-boosted-post-creative-tips untuk rujukan dan panduan bersama.
.
No comments:
Post a Comment