.
Tips Mudah Menghasilkan Poster Hari Ibu
Berikut adalah langkah mudah mendapatkan idea dan menghasilkan poster ucapan yang menarik untuk Hari Ibu. Hari Ibu dinanti-nantikan oleh kebanyakan yang sangat menghargai peranan ibu dalam kehidupannya. Ayuh jadikan poster anda sebagai bahan tular popular sempena hari ibu.
1) Ilham menulis kata-kata yang menarik
Jika anda bukan seorang penulis, penyajak, penyair atau sasterawan negara, bagaimanakah cara yang mudah mengarang kata-kata yang menarik? Jawapannya, ialah dengan mendapatkan petikan sedia ada yang sudah popular (jangan lupa untuk sebut nama penulis asalnya ☺ ).
Anda boleh lawati laman seperti https://www.brainyquote.com dan masukkan katakunci carian anda, contohnya “mother”.
Atau terus sahaja klik pautan di bawah untuk sampai ke laman hasil cariannya.
Contoh kata-kata menarik yang saya pilih adalah seperti berikut.
Life began with waking up and loving my mother's face.
(George Eliot)
Bagaimana nak terjemah ke Bahasa Melayu?
2) Terjemah ke Bahasa Melayu
Salin teks pilihan anda dan lawat https://translate.google.com/ .
1. Pilih English sebagai bahasa asal.
2. Pilih Malay sebagai bahasa terjemahan.
3. Masukkan teks yang anda telah salin.
4. Google akan bantu terjemah ke Bahasa Melayu.
5. Anda mungkin perlu tukar perkataan yang sesuai dengan citarasa dan keperluan anda.
Bagaimana nak buat poster pula?
3) Hasilkan Poster dengan Canva.com
Jika anda belum pernah menggunakan perkhidmatan canva.com, lawat laman berikut:
Untuk mempercepatkan proses pendaftaran, daftar menggunakan Google ID.
Pilih Google ID anda.
Beritahu tujuan anda menggunakan Canva.com (Kebiasaannya untuk tujuan peribadi. Maka pilih Personal).
Pilih Layout yang sesuai.
Edit semula bahagaian teks.
Tukar warna objek mengikut kesesuaian mood anda.
Buang elemen yang tidak perlu.
Tambah elemen lain seperti Free Photo.
Cari gambar yang sesuai di Internet menggunakan kata kunci seperti “Bear Mother”
Tambah gambar ini ke dalam poster anda dengan cara Uploads.
Ubahsuai warna, saiz font poster anda. Crop gambar jika perlu.
Akhirnya poster siap.
4) Tular
Canva menyediakan 3 cara untuk anda tularkan poster iaitu dengan berkongsi (Share) atau MuatTurun (Download) atau kongsi di Canva (Make Public).
Selamat mencuba.
Terima kasih Tuan. Sangat membantu 😃😃😃
ReplyDeleteTerima kasih..
ReplyDelete