Sunday, August 13, 2017

Cara membuat Word Cloud



1. Pergi ke laman web https://www.jasondavies.com/wordcloud/.

2. Masukkan teks yang anda kehendaki.

3. Klik Go.


Thursday, June 8, 2017

Apakah beza antara FB Reach dan FB Impression?

Reach dan Impression masing-masing memberi maklumat analitiks yang berbeza

Apakah beza antara FB Reach dan FB Impression?


FB Reach dipanggil Jangkauan FB. Ia dikira berdasarkan bilangan individu yang menerima sesuatu kandungan FB.

FB Impression dipanggil Tanggapan FB. Ia dikira berdasarkan bilangan tanggapan pengguna terhadap sesuatu kandungan FB.

Katakan seorang pengguna A memuatkan satu kandungan baru. Kandungan baru itu akan disebarkan oleh FB dalam beberapa cara seperti Kemaskini Halaman dan Suapan Berita. Apabila pengguna B melihat kedua-duanya, maka kandungan itu telah mempunyai 2 tanggapan. Walaubagaimanapun jangkauan akan dikira sebagai 1 sahaja kerana ia melibatkan seorang pengguna sahaja,

Dalam gambar di atas, dua orang pengguna menerima dua paparan dari kandungan yang sama maka ia dikira 2 Jangkauan dan 4 Tanggapan.

Tuesday, June 6, 2017

Guna Gmail untuk akses email akaun lain



Jika anda memiliki akaun email yang lain, anda boleh menghantar dan membaca mesej dari akaun tersebut melalui Gmail

.

Guna Gmail untuk hantar email dari akaun atau alias yang lain


Jika anda memiliki akaun email yang lain, anda boleh menghantar dan membaca mesej dari akaun tersebut melalui Gmail. Contohnya seperti:
  • Yahoo, Outlook, atau mana-mana email bukan Gmail
  • Email alias di tempat kerja, sekolah seperti @yourschool.edu atau youralias@gmail.com
  • Mana-mana akaun Gmail yang lain

Langkah 1: Tambah akaun email yang lain

  1. Login ke akaun Gmail anda.
  2. Pada sebelah kanan tetingkap, klik Settings Settingsand then Settings.
  3. Klik Accounts and Import atau Accounts tab.
  4. Pada bahagian "Send mail as" section, klik Add another email address.
  5. Masukkan nama dan alamat email yang anda mahu gunakan.
  6. Klik Next Step.
  7. Masukkan SMTP server (for example, smtp.domain.com) dan username/password untuk akaun tersebut.
  8. Klik Add Account.







Langkah 2: Sahkan akaun

  1. Login ke akaun email yang anda telah tambah tadi.
  2. Buka confirmation message yang sepatutnya anda terima dari Gmail.
  3. Klik pautan yang disertakan dalam email.

Langkah 3: Tukar "From" address

  1. Dalam mesej, kilik baris "From".
    (Jika ia tidak kelihatan, klik [SPACE] bersebelahan nama penerima email.)
  2. Pilih alamat Send From.
.

Tuesday, May 16, 2017

Tips Membuat WhatsApp Click To Chat 1


.
Terdapat satu fungsi WhatsApp yang membolehkan pengguna berbual (chatting) dengan seseorang tanpa memerlukan nombor tersebut disimpan dalam Buku Alamat (Address Book). Fungsi ini dipanggil Click To Chat. Fungsi ini boleh diperolehi menerusi fon dan WhatsApp Web.
Dalam kata lain, apabila seseorang pengguna melihat hiperteks di bawah dan mengkliknya...
... aplikasi WhatsApp akan terus membuka tingkap chatting kepada nombor yang terdapat pada pautan itu bersekali dengan mesej

Tips Membuat WhatsApp Click To Chat 1

Untuk mencipta link anda, gunakan teks arahan berikut
https://api.whatsapp.com/send?phone=
diikuti dengan nombor telefon seseorang dalam format kod panggilan telefon antarabangsa. Nombor ini mestilah mempunyai akaun WhatsApp.
Buat begini: https://api.whatsapp.com/send?phone=15551234567
Jangan buat begini: https://api.whatsapp.com/send?phone=+001-(555)1234567
Untuk mencipta link bersama mesej tertentu, gunakan teks arahan berikut
https://api.whatsapp.com/send?phone=nombortelefonwhatsapp&text=mesej
di mana
nombortelefonwhatsapp = nombor yang mahu dihubungi
mesej = mesej mengandungi perkataan yang disambungkan dengan simbol %20
Buat begini: https://api.whatsapp.com/send?phone=15551234567&text=saya%20minat%20membeli%20kereta%20awak
Untuk mencipta pautan bersama mesej sahaja, gunakan teks arahan berikut
https://api.whatsapp.com/send?text=mesej
Buat begini: https://api.whatsapp.com/send?text=jom%20beli%20kereta%20antik
Selepas klik pautan di atas, anda akan ditunjukkan senarai kontak yang anda boleh tujukan mesej tersebut.
.

Thursday, May 11, 2017

Tips Posting Hari Jururawat Sedunia (World Nurses Day)



Mungkin ada di kalangan sahabat handai atau kenalan kita bekerja sebagai jururawat. Mungkin pelanggan berpotensi anda seorang jururawat. Jika kita membuat carian nurse day melalui Google, ia menghasilkan 13 juta lebih hits. Banyak tu.

Apa agaknya idea untuk menulis posting berkaitan jururawat?

Jika kita melihat mesej twitter, antara ideanya:
1. Ucapan terima kasih khusus atas khidmat yang pernah diberikan.
2. Ucapan penghargaan umum.
3. Ucapan penghargaan khusus dalam bidang tertentu.


Jika kita melihat senarai Top Stories, antara ideanya:
1. Cerita umum tentang sumbangan jururawat.
2. Cerita perihal rutin jururawat.
3. Cerita khusus tentang tokoh jururawat.



Sudah ada enam idea.

Selamat Menulis. 

Wednesday, May 10, 2017

Tips Mudah Menghasilkan Poster Hari Ibu


.
Tips Mudah Menghasilkan Poster Hari Ibu
Berikut adalah langkah mudah mendapatkan idea dan menghasilkan poster ucapan yang menarik untuk Hari Ibu. Hari Ibu dinanti-nantikan oleh kebanyakan yang sangat menghargai peranan ibu dalam kehidupannya. Ayuh jadikan poster anda sebagai bahan tular popular sempena hari ibu.

1) Ilham menulis kata-kata yang menarik

Jika anda bukan seorang penulis, penyajak, penyair atau sasterawan negara, bagaimanakah cara yang mudah mengarang kata-kata yang menarik? Jawapannya, ialah dengan mendapatkan petikan sedia ada yang sudah popular (jangan lupa untuk sebut nama penulis asalnya  ).
Anda boleh lawati laman seperti https://www.brainyquote.com dan masukkan katakunci carian anda, contohnya “mother”.
Atau terus sahaja klik pautan di bawah untuk sampai ke laman hasil cariannya.
Contoh kata-kata menarik yang saya pilih adalah seperti berikut.
Life began with waking up and loving my mother's face.
(George Eliot)
Bagaimana nak terjemah ke Bahasa Melayu?

2) Terjemah ke Bahasa Melayu

Salin teks pilihan anda dan lawat https://translate.google.com/ .
1. Pilih English sebagai bahasa asal.
2. Pilih Malay sebagai bahasa terjemahan.
3. Masukkan teks yang anda telah salin.
4. Google akan bantu terjemah ke Bahasa Melayu.
5. Anda mungkin perlu tukar perkataan yang sesuai dengan citarasa dan keperluan anda.
Bagaimana nak buat poster pula?

3) Hasilkan Poster dengan Canva.com

Jika anda belum pernah menggunakan perkhidmatan canva.com, lawat laman berikut:
Untuk mempercepatkan proses pendaftaran, daftar menggunakan Google ID.
Pilih Google ID anda.
Beritahu tujuan anda menggunakan Canva.com (Kebiasaannya untuk tujuan peribadi. Maka pilih Personal).
Pilih Layout yang sesuai.
Edit semula bahagaian teks.
Tukar warna objek mengikut kesesuaian mood anda.
Buang elemen yang tidak perlu.
Tambah elemen lain seperti Free Photo.
Cari gambar yang sesuai di Internet menggunakan kata kunci seperti “Bear Mother”
Tambah gambar ini ke dalam poster anda dengan cara Uploads.
Ubahsuai warna, saiz font poster anda. Crop gambar jika perlu.
Akhirnya poster siap.

4) Tular

Canva menyediakan 3 cara untuk anda tularkan poster iaitu dengan berkongsi (Share) atau MuatTurun (Download) atau kongsi di Canva (Make Public).
Selamat mencuba.
.

Monday, May 8, 2017

Tips menghasilkan foto yang menarik untuk FaceBook


.
Tips menghasilkan foto yang menarik untuk FaceBook
Berikut adalah tips dari FaceBook supaya post dan photo anda kelihatan menarik.

Fikirkan paparan mobile

Sebelum memilih sesuatu gambar, perhatikannya terlebih dahulu menggunakan mobile phone. Pastikan subjek anda jelas dan boleh dibaca. Anda boleh gunakan Alat Penyemak di https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay  untuk menyemak kesesuaian teks yang terdapat di dalam sesebuah gambar.

Amalkan sesuatu yang ringkas

Gambar yang menarik tidak semestinya memerlukan ramai manusia, peralatan atau pentas. Gambar yang berkesan kebiasaannya adalah yang ringkas, seperti pandangan dekat sesuatu produk atau wajah kepuasan pelanggan.

Guna Hukum Sepertiga

Dalam fotografi, Hukum Sepertiga bermaksud pembahagian kawasan imej foto kepada 3 baris dan lajur. Subjek dalam foto sebaiknya tidak berada di tengah imej foto sebaliknya pada persilangan baris dan lajur (seperti yang ditunjukkan di atas).

Guna Rekaletak Yang Menarik

Atur objek yang anda mahu ambil foto dalam susunan atau corak tertentu. Cuba ambil dari atas untuk mendapatkan imej yang menarik.

Guna Tumpuan Fokal dan Kepelbagaian Tekstur

Apabila mengambil foto, pastikan imej yang terhasil menampakkan tumpuan fokal yang sesuai. Kawasan tumpuan fokal akan kelihatan jelas, manakala kawasan lain kelihatan kabur. Kewujudan pelbagai bentuk dan permukaan dalam foto pula akan menghasilkan kesan contrast yang menarik.

Cahaya dan Bayang Memberikan Kesan Contrast Menarik

Beri perhatian pada pengaruh cahaya dan bayang-bayang dalam foto anda.Cahaya dan bayang-bayang boleh mewujudkan kesan contrast dan menjadikan foto anda menarik.

Guna Kombinasi Warna Yang Menarik

Pelajari konsep roda warna yang boleh memberi petunjuk bagaimana mengambil foto yang mengandungi objek yang berbagai warna supaya kelihatan menarik. Sebagai contohnya, warna hijau sesuai digandingkan dengan merah manakala kuning sesuai digandingkan dengan ungu.
Artikel ini disesuaikan dari https://www.facebook.com/business/a/photo-boosted-post-creative-tips untuk rujukan dan panduan bersama.
.

Wednesday, April 26, 2017

Free Unlimited Web Hosting 2017


.
How To Register For Free Infinity .net Hosting

1) Go To Web Site

2) Fill up the form.

3) Confirm e-mail address

4) Login to dashboard

Click Create one now link

5) Create free subdomain

Type your preferred name and then click the the magnify button 

6) Wait until setup process completed.


.

Tuesday, February 14, 2017

Cara Daftar OfficeX Percuma


.

101 Cara Daftar OfficeX Percuma

1) Lawat website OfficeX

2) Klik butang Get OfficeX Now

3) Tambah Extension

4) Tunggu proses selesai.

Selesai.

5) Pilih aplikasi.

Contohnya, pilih aplikasi Word.

6) Sign In.

Anda perlu sign in dahulu sebelum mula menggunakan aplikasi.
.