Monday, March 2, 2015

Cara Mudah Belajar Cascading Style Sheet

---
Cascading Style Sheet
1) Cascading Style Sheet (CSS) adalah istilah yang merujuk kepada penggunaan kod penggayaan (styling code) untuk dokumen HTML.
2) Pada asasnya dokumen HTML boleh berfungsi tanpa penggayaan (styling). Walaubagaimanapun, styling membantu menjadikan dokumen HTML lebih menarik. Ia menjadi salah satu faktor untuk User Experience (UX) metrics.
3.1) Kod berlatar biru merupakan styling yang menghasilkan paparan dalam tingkap Result.
 
3.2) Sekiranya anda memadam kod-kod ini, hasil berikut akan diperolehi.
4) Anda tidak perlu mempelajari semua kod CSS. Apabila sesuatu styling diperlukan, anda boleh rujuk di http://www.w3schools.com/cssref/default.asp untuk melihat bagaimana cara menggunakan kod styling tersebut.
5) Sepertimana disebut dalam perkara (2), Document Styling telah menjadi satu aspek kritikal dalam projek Web, Web Mobile mahupun Hybrid.
6) Untuk menguasai aspek Document Styling, anda perlu faham bagaimana menggandingkannya dengan kod DIV, CLASS dan ID.
6.1) Jika anda perhatikan contoh yang terdapat di http://www.w3schools.com/cssref/trysel.asp akan mendapati terdapat berbagai cara menggayakan elemen dokumen HTML.
6.2) Cuba klik label .intro dan perhatikan respon berikut.
6.3) Setiap label yang tersenarai di sebelah kiri akan dihubungkan ke elemen tertentu dalam dokumen HTML di tingkap Result.
6.4) Melalui latihan di atas, anda akan dapat faham dan mahir menggunapakai Document Styling dalam projek anda.
---

No comments:

Post a Comment