Wednesday, August 27, 2014

Cara Mudah Buat Navigation Buttons

---
Cara Mudah Membuat Navigation Buttons Untuk Laman Web

PENGENALAN

Antara kerja rekabentuk laman web yang mengambil masa adalah button design. Kalau dahulu web designer sangat bergantung dengan perisian seperti Fireworks, , Photoshop, Flash dan lain-lain untuk menghasilkan buttons, kini ia menjadi terlalu mudah dengan teknologi CSS dan weblication (aplikasi melalui web).
Contohnya, untuk menghasilkan button seperti di atas, saya hanya perlu mengisi beberapa maklumat sahaja dan selebihnya akan dibantu oleh weblication.

LANGKAH2

1) Layari http://css-tricks.com/examples/ButtonMaker/# 

2) Tentukan Settings yang anda kehendaki.

2-1) Saiz Button.
2-2) Warna Button.
2-3) Font.

3) Jana Kod.

3-1) Klik Button yang tertera di atasnya “View the CSS”, akan keluar pop up window bersama kod yang dijana secara automatik.

4) Tampal kod CSS di dalam dokumen web anda.

5) Tulis kod HTML mengandungi rujukan kepada CSS yang telah anda tampal tadi.

Mudah, bukan? Tak sampai lima minit anda sudahpun selesai.
Bukan sahaja pantas menciptanya, malah kaedah ini juga menghasilkan saiz dokumen yang kecil maka pengguna juga akan dapat download dan view laman web anda dengan lebih pantas.
Selamat Mencuba!
---

Tuesday, August 19, 2014

AUTOCAD: CARA MUDAH LAKAR POLA BAJU TRADISIONAL

---
AUTOCAD: LAKAR POLA BAJU TRADISIONAL
Contents

LANGKAH2

1) Jalankan program AutoCAD.

1.1) Pilih Template “acad.dwt” (template berdasarkan ukuran inci).
1.2) Save sebagai pola-baju-tradisional.dwg.
1.3) Tetapkan Measurement Setting berdasarkan Architectural Type dan Precision Format 0.00
1.3.1) Pilih Application Menu/Drawig/Units.
1.3.2) Ikut nilai tetapan berikut:
1.4) Save dahulu sebelum mula melakar.

2) Lakaran.

http://costume.mashaholl.com/images/Rubakha.GIF
Lakaran akan dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu 1) Shirt Body,  2) Sleeve, 3) Gore (Pesak), 4) Gusset (Kekek) dan 5) Neck (Lihat gambarajah yang diambil dari http://costume.mashaholl.com/ )
saiz baju
Ukuran yang digunakan adalah berdasarkan sampel carta ukuran komersial  (Lihat gambarajah yang diambil dari http://colorfulcotton.com.my/baju-kurung-cotton/ )
Untuk latihan ini, kita akan menggunakan Saiz S.

2.1) Shirt Body

Kita akan melukis segiempat, iaitu 7.5” inci ke kanan Paksi X dan 38” ke atas Paksi Y.
2.1.1) Taip “RECTANG” pada Command Box.
2.1.2) Masukkan nilai seperti di bawah:
 
2.1.3) Hasilnya,
Untuk langkah yang berikutnya, kita mungkin memerlukan kalkulator untuk membuat sedikit pengiraan.

2.2) Sleeve

Kita akan melukis Sleeve pada kedudukan 5” dari bucu kanan atas Shirt Body, ie koordinat first corner point = 12.5” (iaitu 7.5+5), 38”.
Panjang Sleeve adalah 21” (Rujuk carta di atas, Labuh Baju) dan Lebar Sleeve adalah 8” (Anggaran sahaja), ie koordinat other corner point= 33.5”, 8”.
Akan tetapi kita akan menggunakan kaedah relatif bagi Command berikutnya.
2.2.1) Taip “RECTANG” dan masukkan nilai seperti di bawah.
Perhatikan nilai @21,-8.
Ia bermaksud…
21” (ke kanan) dari first corner point, dan
-8” (ke bawah) dari first corner point.
Tanda @ digunakan supaya koordinat other corner point dikira secara relatif dari koordinat first corner point.
2.2.2)  Hasilnya:
2.2.3) Kita perlu mengecilkan lubang lengan, maka lebar lubang lengan akan dikecilkan kepada 7”.
Masukkan Command seperti berikut.
2.2.4) Hasilnya:
2.2.5) Kita akan membuang garisan lebihan menggunakan fungsi TRIM.
Taip Command TRIM.
Klik objek Rectangle dan Line.
Tekan ENTER.
Pilih bahagian yang mahu dibuang.
Tekan ESC untuk keluar dari fungsi TRIM.
2.2.6) Hasilnya:

2.3) Gore (Pesak).

Kebiasannya Lebar Atas Pesak adalah 2.5” dan Lebar Bawah Pesak adalah 5.5”.
Kita akan melukis mengikut langkah 2.3.2.
2.3.1) Command yang perlu ditaip adalah seperti di bawah:
Semua koordinat di atas adalah bersifat absolute (mutlak) iaitu mereka dikira berdasarkan jarak dari Origin (0,0).
15 = 12.5+2.5 (Lebar Pesak Atas)
18= 12.5+5.5 (Lebar Pesak Bawah)
Perhatikan Command close digunakan untuk melukis garis terakhir menghubungkan koordinat terakhir dengan koordinat first point.
2.3.2) Hasilnya:

2.4) Gusset (Kekek)

Untuk melukis kekek, adalah lebih mudah jika ia dilakar mengikut objek sedia ada iaitu Pesak.
2.4.1) Klik butang Object Snap atau tekan F3.
2.4.2) Klik butang LINE.
2.4.3) Klik bucu luar Pesak dan bawa kursor menyusuri garis luar Pesak.
2.4.4) Ketika kursor masih seperti di atas, taip 3” dan tekan ENTER.
2.4.5) Hasilnya:
Garis akan dilukis sejauh 3” dari titik first first point.
2.4.6) Tekan ENTER untuk berhenti di titik ini.
2.4.7) Tekan butang LINE sekali lagi.
2.4.8) Klik pada first point (di dalam langkah 2.4.5) dan perlahan-lahan gerakkan kursor ke kanan.
2.4.9) Taipkan 3” dan tekan ENTER.
2.4.9) Hasilnya:
2.4.10) Bawa mouse ke titik terakhir (dalam langkah 2.4.5), klik, dan tekan ENTER.
2.4.11) Hasilnya:

2.5) Neck (Lubang Leher).

2.5.1) Taipkan Command berikut untuk membuat Kotak Leher.
2.5.2) Hasilnya:
2.5.3) Klik butang ARC dari jenis 3-Point.
2.5.4) Klik bucu kiri atas Kotak Leher, gerakkan kursor ke bawah sedikit dan Shift-Right Click pilih midpoint.
2.5.5) Click Midpoint pada sisi Kotak Leher.
2.5.6) Click pada bucu kiri bawah Kotak Leher.

3) Hasil Akhir

4) DOWNLOAD: Fail Projek Siap

---

---