Cara Mudah Membuat Navigation Buttons Untuk Laman Web
PENGENALAN
Antara kerja rekabentuk laman web yang mengambil masa adalah button design. Kalau dahulu web designer sangat bergantung dengan perisian seperti Fireworks, , Photoshop, Flash dan lain-lain untuk menghasilkan buttons, kini ia menjadi terlalu mudah dengan teknologi CSS dan weblication (aplikasi melalui web).
Contohnya, untuk menghasilkan button seperti di atas, saya hanya perlu mengisi beberapa maklumat sahaja dan selebihnya akan dibantu oleh weblication.
LANGKAH2
1) Layari http://css-tricks.com/examples/ButtonMaker/#
2) Tentukan Settings yang anda kehendaki.
2-1) Saiz Button.
2-2) Warna Button.
2-3) Font.
3) Jana Kod.
3-1) Klik Button yang tertera di atasnya “View the CSS”, akan keluar pop up window bersama kod yang dijana secara automatik.
4) Tampal kod CSS di dalam dokumen web anda.
5) Tulis kod HTML mengandungi rujukan kepada CSS yang telah anda tampal tadi.
Mudah, bukan? Tak sampai lima minit anda sudahpun selesai.
Bukan sahaja pantas menciptanya, malah kaedah ini juga menghasilkan saiz dokumen yang kecil maka pengguna juga akan dapat download dan view laman web anda dengan lebih pantas.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment