---
Adakalanya anda mahu mengelak dari klik butang LIKE pada sesebuah laman blog kerana tidak mahu dijejaki Facebook atau mungkin anda rasa laman tersebut tidak layak diberikan LIKE.
(Perhatian: Anda perlu guna Pelayar Web Chrome untuk latihan di bawah)
1) Layari satu laman yang mempunyai dialog bersyarat LIKE. Contohnya, http://apx.ohpisang.com/terbongkar-gambar-tangan-misteri-apit-bayi-sebenarnya/
2) Di dalam contoh di atas, laman ini mempunyai dua tingkap; Tingkap 1 menghendaki anda menekan butang LIKE dan Tingkap 2 menutup laman web dengan latar berwarna hitam.
3) Untuk mengelak dari klik butang LIKE, anda perlu memadamkan kod untuk dua tingkap ini. Soalnya, bagaimana? Salah satu caranya ialah dengan menyunting kod HTML menggunakan Developer Tool yang ada pada Pelayar Web Chrome.
4) Tekan butang F12 untuk membuka panel Developer Tool.
5) Klik pada butang inspector (berupa ikon kanta pembesar)
6) Bawa mouse ke Tingkap 1 dan klik seperti di bawah.
7) Developer Tool panel akan menunjukkan kod HTML terbabit.
8) Right-Click pada kod di atas dan pilih “Delete Node”.
9) Akibatnya, Tingkap 1 itu akan terpadam.
10) Ulang Langkah 5 – 9 untuk memadam Tingkap 2.
Hasilnya, Tingkap 2 dapat dipadamkan dan laman web berjaya dilihat.
No comments:
Post a Comment