Thursday, June 8, 2017

Apakah beza antara FB Reach dan FB Impression?

Reach dan Impression masing-masing memberi maklumat analitiks yang berbeza

Apakah beza antara FB Reach dan FB Impression?


FB Reach dipanggil Jangkauan FB. Ia dikira berdasarkan bilangan individu yang menerima sesuatu kandungan FB.

FB Impression dipanggil Tanggapan FB. Ia dikira berdasarkan bilangan tanggapan pengguna terhadap sesuatu kandungan FB.

Katakan seorang pengguna A memuatkan satu kandungan baru. Kandungan baru itu akan disebarkan oleh FB dalam beberapa cara seperti Kemaskini Halaman dan Suapan Berita. Apabila pengguna B melihat kedua-duanya, maka kandungan itu telah mempunyai 2 tanggapan. Walaubagaimanapun jangkauan akan dikira sebagai 1 sahaja kerana ia melibatkan seorang pengguna sahaja,

Dalam gambar di atas, dua orang pengguna menerima dua paparan dari kandungan yang sama maka ia dikira 2 Jangkauan dan 4 Tanggapan.

Tuesday, June 6, 2017

Guna Gmail untuk akses email akaun lain



Jika anda memiliki akaun email yang lain, anda boleh menghantar dan membaca mesej dari akaun tersebut melalui Gmail

.

Guna Gmail untuk hantar email dari akaun atau alias yang lain


Jika anda memiliki akaun email yang lain, anda boleh menghantar dan membaca mesej dari akaun tersebut melalui Gmail. Contohnya seperti:
  • Yahoo, Outlook, atau mana-mana email bukan Gmail
  • Email alias di tempat kerja, sekolah seperti @yourschool.edu atau youralias@gmail.com
  • Mana-mana akaun Gmail yang lain

Langkah 1: Tambah akaun email yang lain

  1. Login ke akaun Gmail anda.
  2. Pada sebelah kanan tetingkap, klik Settings Settingsand then Settings.
  3. Klik Accounts and Import atau Accounts tab.
  4. Pada bahagian "Send mail as" section, klik Add another email address.
  5. Masukkan nama dan alamat email yang anda mahu gunakan.
  6. Klik Next Step.
  7. Masukkan SMTP server (for example, smtp.domain.com) dan username/password untuk akaun tersebut.
  8. Klik Add Account.







Langkah 2: Sahkan akaun

  1. Login ke akaun email yang anda telah tambah tadi.
  2. Buka confirmation message yang sepatutnya anda terima dari Gmail.
  3. Klik pautan yang disertakan dalam email.

Langkah 3: Tukar "From" address

  1. Dalam mesej, kilik baris "From".
    (Jika ia tidak kelihatan, klik [SPACE] bersebelahan nama penerima email.)
  2. Pilih alamat Send From.
.