Wednesday, October 22, 2014

Bagaimana buat montage (montaj) guna PowToon


---
Bagaimana membuat montage menggunakan PowToon
http://i.ytimg.com/vi/eo1z9RHPq-A/default.jpg
1) Montage bermaksud satu himpunan grafik dan elemen multimedia yang lain. Biasanya ia dihasilkan sebagai video.
2) Aplikasi atas talian PowToon (www.powtoon.com) sangat berguna untuk mereka yang mahu menghasilkan montaj dalam masa yang singkat tetapi mengharapkan impak yang berkesan.
3) Untuk mula menggunakan PowToon, anda perlu daftar dahulu.
Klik butang Sign up for free.
4) Apabila masuk ke dalam, anda akan melihat laman DashBoard
5) Klik butang Create untuk mula menghasilkan montaj.
Pilih template yang sesuai dengan konsep montaj anda.
6) Apabila telah selesai, montaj yang anda hasilkan akan dipaparkan di laman Dashboard.
7) Untuk berkongsi dengan pengguna Internet, klik butang Publish (atau Re-Publish).
Anda juga akan diberi pilihan untuk upload ke YouTube.
8) Hasilnya, montaj anda boleh disaksikan melalui laman YouTube.
---

---

No comments:

Post a Comment